Inspirasi tiga dekad – bazookapenaka.my

M. NASIR dan Bob Lokman merupakan individu penting di sebalik pengasilan karya mega, Isabella yang kini berusia 30 tahun.

M. NASIR dan Bob Lokman merupakan individu penting di sebalik pengasilan karya mega, Isabella yang kini berusia 30 tahun.

Sekali lagi, perbincangan diadakan dan kata sepakat dicapai bahawa melodi berkenaan harus diperkasakan dengan lirik yang bijaksana dan sarat dengan elemen komersial.

“Kami mahukan nama wanita dalam lirik lagu itu. Sebolehnya, kami mahu nama wanita Inggeris dan akhirnya menjelmakan Isabella,” kongsi rocker legenda, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman kepada Astro AWANI dalam satu perbualan.

Bersempena ulang tahun ke-30 lagu rock popular sepanjang zaman, Isabella, Amy bercerita panjang lebar mengenai kemasyhuran naskhah itu.

Masih terbayang di ruang fikiran penyanyi berusia 61 tahun itu suasana di studio rakaman ketika Isabella dirakamkannya di King Studio, Petaling Jaya, Selangor.

“Hampir dua jam saya rakamkan Isabella. Saya masih ingat bagaimana meremang bulu roma kerana Isabella memiliki aura yang luar biasa. Semasa dan selesai rakaman, saya dan rakan-rakan Search dapat menjangka, naskhah ini akan menjadi sesuatu yang luar biasa.

“Bahkan M. Nasir sendiri meyakinkan kami yang Isabella bakal menjadi karya evergreen. Alhamdulillah, semua itu terbukti. Sesudah 30 tahun, lagu ini masih menjadi pilihan ramai. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi tunggak kejayaan lagu ini,” ujar Amy lagi.

Image result for kumpulan search 1990Namun begitu, di sebalik kemasyhuran Isabella, barangkali juga ramai yang tidak tahu bagaimana sukarnya Bob untuk menjelmakan lirik berkenaan sebagai mana yang kedengaran hari ini.

Kata Amy, Bob diminta oleh M. Nasir untuk menukar bait-bait lirik tersebut berkali-kali.

“Banyak kali M. Nasir minta Bob tukar lirik. M. Nasir tidak puas hati lirik itu tidak mencapai maksudnya. Kata M. Nasir lirik  yang Bob tulis tidak cukup rasa, plotnya tidak menepati maksud.

“Saya masih ingat bagaimana Bob bekerja keras menulis lirik sehinggalah pada draf terakhir yang membuatkan M. Nasir sangat gembira. Isabella ialah sebuah naskhah kerja keras semua pihak,” dedah Amy lagi.

Sesudah rakaman vokal selesai, Isabella menerima sentuhan terakhir daripada penggubah terkenal, Datuk Ramli MS yang menggabungkan naskhah itu dengan elemen keyboard.

Sejurus selesai semua proses, Search dan seluruh team produksi meraikan kerja-kerja rakaman Isabella yang diputuskan sebagai pelengkap album Fenomena.

“Saya secara peribadi mahukan album berkenaan dinamakan sebagai Fenomena kerana kami (Search) mahu menjadikan album berkenaan sebagai sebuah naskhah istimewa kerana ia sarat dengan pelbagai elemen muzik baharu pada era berkenaan,” jelas Amy mengenai album Fenomena.

 

Kumpulan Search di zaman kegemilangan mereka. - Gambar fail

Kumpulan Search di zaman kegemilangan mereka. – Gambar fail

 

Seiring tajuk album berkenaan Fenomena, lagu Isabella juga mencetus fenomena luar biasa bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara jiran, Indonesia.

Di pasaran domestik, album berkenaan yang dipasarkan di bawah label Pacific Music Corporation (PMC) terjual lebih 250,000 unit iaitu satu rekod luar biasa bagi jualan album Melayu ketika itu.

Manakala di Indonesia pula, album Fenomena terjual lebih satu juta unit sekali gus menjadikan Search sebagai sebuah artis paling berpengaruh di negara itu.

Siri kejayaan demi kejayaan dirangkul Search sejak daripada detik itu dan sehingga kini kumpulan berkenaan terus unggul sebagai ikon rock negara.



Syabas buat Search, M. Nasir dan Bob.

Selamat ulang tahun ke-30 Isabella. Terima kasih di atas inspirasi buat pencinta muzik tanah air. Tiga dekad yang luar biasa.yang membuatkan M. Nasir sangat gembira. Isabella ialah sebuah naskhah kerja keras semua pihak,” dedah Amy lagi.

Sesudah rakaman vokal selesai, Isabella menerima sentuhan terakhir daripada penggubah terkenal, Datuk Ramli MS yang menggabungkan naskhah itu dengan elemen keyboard.

Sejurus selesai semua proses, Search dan seluruh team produksi meraikan kerja-kerja rakaman Isabella yang diputuskan sebagai pelengkap album Fenomena.

“Saya secara peribadi mahukan album berkenaan dinamakan sebagai Fenomena kerana kami (Search) mahu menjadikan album berkenaan sebagai sebuah naskhah istimewa kerana ia sarat dengan pelbagai elemen muzik baharu pada era berkenaan,” jelas Amy mengenai album Fenomena.

Seiring tajuk album berkenaan Fenomena, lagu Isabella juga mencetus fenomena luar biasa bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara jiran, Indonesia.

Di pasaran domestik, album berkenaan yang dipasarkan di bawah label Pacific Music Corporation (PMC) terjual lebih 250,000 unit iaitu satu rekod luar biasa bagi jualan album Melayu ketika itu.

Manakala di Indonesia pula, album Fenomena terjual lebih satu juta unit sekali gus menjadikan Search sebagai sebuah artis paling berpengaruh di negara itu.

Siri kejayaan demi kejayaan dirangkul Search sejak daripada detik itu dan sehingga kini kumpulan berkenaan terus unggul sebagai ikon rock negara.

Syabas buat Search, M. Nasir dan Bob.

Selamat ulang tahun ke-30 Isabella. Terima kasih di atas inspirasi buat pencinta muzik tanah air. Tiga dekad yang luar biasa.

ep2p-5small