Iftar#4 ikan masin penambah selera..

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 5

 menu sempoi berbuka petang semalam..  masa menggoreng ikan masin ni sungguh lah menggugat jiwa dan raga masa berpuasa… dah lah bau semerbak satu rumah, tapi keimanan masih kuat untuk tidak tergoda dengan semerbak baunya tu..  dan ikan masin tu kak rose lawankan dengan masak lemak petola campur soon dan  nasik panas2..huh! pukul 10 malam pun laju jer  menyuapnya.

 alkisahnya, bila ko terlupa nak masak nasi sebelum g mesjid, so bila balik tu baru lah jerang nasik. malam tadi pulak ada baca tahlil sebelum solat terawih tu, jadi lah lagi lambat baliknya..  dan masa tu lah baru nak jerang nasik… huhu… noxxa jadi penyelamat, 7 minit masak dah nasik, boleh lah menikmati nasik panas2… actually a blessing in disguise jugak bila terlupa ni kan. dapat makan nasik panas2! nasib baik lah tak teringat tak jerang nasik tu, kalau tak mesti terganggu masa solat tu kan.

 ayam phat phet yang sedap bila digandingkan dengan nasik panas2 tu… guna fillet ayam, beli yang dah siap tu, memudahkan kerja dibulan puasa ni kan…

 my simple dessert…murcott orange dan buah pear hijau yang rangup. banyak ni pun sampai bersahur baru habis makan…

 dan kuih untuk berbuka.. popia sayur dan home made cili sos… nampak sikit jer kan. tapi…

tu dia, sebakul kak rose gorengkan untuk kami tiga beranak… memang tak terhabis lah kan…the most kak rose boleh makan 3 biji jer masa buka puasa tu so pagi ni kak rose sahur dengan 2 batang popia leftover ni, tapi masih jugak berbaki… pengajarannya… jangan tamak masa memasak!

ep2p-2