Facebook perketat siaran langsung cegah keganasan – bazookapenaka.my

Image result for facebook liveSAN FRANCISCO: Facebook hari ini mengumumkan ia mengetatkan akses siaran langsung untuk mengelakkan perkongsian rambang video grafik seperti yang berlaku dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Christchurch.

Mereka yang melanggar peraturan tertentu, termasuk ‘pertubuhan dan individu bahaya’, akan dilarang menggunakan paparan Facebook Live, kata naib presiden integriti media sosial itu, Guy Rosen.


“Susulan kejadian serangan pengganas mengerikan di New Zealand, kami menilai semula apa yang boleh dilakukan untuk mengehadkan perkhidmatan kami daripada digunakan untuk menyebabkan kerosakan dan menyebarkan kebencian,” kata Rosen dalam kenyataan.

Dasar ‘satu tindakan’ di Facebook Live dikenakan kepada kesalahan lebih meluas, dengan sesiapa yang melanggar dasar serius digantung daripada menggunakan paparan itu selepas satu kesalahan.

Kesalahan seumpama itu termasuk berkongsi pautan dengan kenyataan kumpulan pengganas tanpa konteks, menurut Rosen.


“Kami bercadang meluaskan had ke bidang lain dalam beberapa minggu ini, bermula dengan melarang orang sama mencipta iklan di Facebook,” katanya.

Beliau menambah, inovasi teknikal diperlukan untuk meneruskan manipulasi konflik media yang dilihat selepas tragedi masjid Christchurch, seperti pengguna mengubah suai video dalam usaha melepasi tapisan sebelumnya.

“Antara yang cabaran yang kami hadapi beberapa hari selepas serangan adalah percambahan pelbagai versi video itu.

“Orang ramai, secara tidak sengaja, berkongsi video yang disunting, yang menyukarkan sistem kami mengesannya,” kata Rosen. – AFP

ep2p-2