Chevy Teen Mode Menyahaktifkan Tombol Gear Jika Tali Pinggang Tidak Dipasang – Amanz

Saban hari kita akan dapat membaca berita individu terkorban selepas tercampak dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Ratusan lagi mengalami cedera parah kerana muka menghentam cermin hadapan. Chevrolet baru sahaja memperkenalkan Teen Mode pada kenderaan mereka bagi menyelesaikan masalah ini.

Teen Mode diaktifkan oleh ibu bapa yang ingin anak-anak mereka memandu dengan lebih selamat. Apabila ia mengesan tali pinggan pemandu tidak dipasang, ia akan menyahaktifkan dorongan tombol gear kenderaan selama 20 saat. Sebuah penggera akan berbunyi dengan peringatan untuk memasang tali pinggang. Sistem dorongan tombol gear akan dinyahkunci selepas tempoh tersebut.

Menurut Chevrolet, kajian dalaman mendapati sistem seperti ini lebih efektif berbanding sistem bunyi yang digunakan pada kebanyakan kenderaan sekarang.  Teen Mode diharap dapat meningkatkan kadar penggunaan tali pinggang yang didapati rendah di kalangan remaja A.S. Model tahun 2020 untuk Chevy Colorado, Malibu dan Traverse ialah tiga kenderaan terawal yang dilengkapi sistem ini.

ep2p-2