Asus ZenBook Edition 30 Dilancarkan Dengan Kemasan Emas Dan Kulit – Amanz

ASUS ZenBook 13ZenBook 14 dan ZenBook 15 dilancarkan di Computex semalam. Tetapi bagi mereka yang mencari kelainan, Asus ZenBook Edition 30 turut dilancarkan serentak lengkap dengan kemasan yang diperbuat daripada emas dan juga panel penutup yang diperbuat daripada kulit. Komputer riba edisi khas dilancarkan sempena ulang tahun ke 30 Asus.

Dari segi spesifikasi, Asus ZenBook Edition 30 dilengkapi skrin 13.3″ HD penuh, cip pemproses sehingga Intel Core i7-8565U, grafik NVIDIA GeForce MX250 2GB, memori sehingga 16GB RAM, storan SSD sehingga 1TB PCIe SSD dan bateri 50Wh. Komputer riba ini juga hadir dengan pad sesentuh Screenpad yang dilengkapi skrin berwarna sebesar 5.65”.

Logo Asus pada bahagian panel diperbuat daripada emas 18 karat manakala bahagian sisi hadir dengan kemasan berwarna ros merah jambu. Panel kulit dengan warna Pearl White melengkapkan kemasan komputer riba edisi khas ini. Harga dan tarikh jualan belum diumumkan.

ep2p-2