Xiaomi Mempertontonkan Video Ujian Ketahanan Redmi Y3 – Amanz

Minggu lepas, Xiaomi telah mengacah peranti Redmi Y3 mereka melalui satu poster baharu. Peranti ini dikatakan mempunyai perlindungan kalis percikan dan juga ketahanan skrin yang hebat.

Terkini, Xiaomi telah hadir dengan satu video yang mempertontonkan peranti Redmi Y3 diuji ketahanannya. Peranti ini telah dicampak ke dalam tong sampah besi dan kemudian tong sampah itu dicampak menuruni beberapa tapak anak tangga. Tidak pasti jenis perlindungan yang digunakan pada skrin dan juga bahan binaan panel belakang adalah daripada apa.

Tetapi, saya menjangkakan yang skrin mungkin Gorilla Glass dan belakang adalah seperti Redmi Note 7. Peranti ini akan dilancarkan pada 24 April ini dan ia adalah sebuah peranti yang memfokuskan swafoto dengan lensa 32MP.

ep2p-5small