Samsung Galaxy S10 Plus Versi 12GB RAM + 1TB Kini Boleh Didapati Pada Harga RM4799 – Amanz


RM4799 RM5999 -20%

Samsung Galaxy S10 Plus telah pun ditawarkan di Malaysia untuk beberapa minggu, termasuk versi baru yang memasuki pasaran tempatan, iaitu versi dengan memori 12GB RAM dan storan 1TB. Ketika pelancaran, ia membawakan tanda harga RM5999 – tetapi turut hadir dengan beberapa hadiah percuma bersama dengannya.

Samsung Galaxy S10

Menariknya, kini terdapat beberapa penjual yang tidak menyertakan hadiah percuma berkenaan, sekaligus menawarkan peranti berkenaan pada harga lebih rendah.

Antaranya di Shopee yang membolehkan anda mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy S10 Plus (1TB + 12GB RAM) pada harga RM4799. Penawaran ini sekaligus menjadikannya lebih berbaloi jikalau anda ingin mendapatkan versi Galaxy S10 Plus ini berbanding versi 512GB yang ditawarkan pada harga RM4599 di Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di Shopee, dan memilih untuk membelinya atau sebaliknya.

Beli : Samsung Galaxy S10 Plus

ep2p-2