My Kuali: Udang goreng kunyit

 masak simple dan campak2 cam ni memang sedap kan.. apa lagi pekena dengan nasik lemak panas2 dipagi hari… berebut2 lemak berjemaah nak menempek. tapi yang penting dapat memenuhi permintaan tekak tuan tanah yang teringin nak makan nasik lemak… aik teringin nak makan sedap2 jer kan? adakah esok pagi nya rajin nak ber brisk walk dan membakar lemak yang dah banyak terkumpul tu? sendiri mau ingat lah!

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang/daun sup.

ep2p-2