KUALA LUMPUR 5 April – Teruja dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Faiz Nasir dalam musim pertamanya bersama Selangor, penyokong Red Giants mahu klausa kontrak pemain sayap lincah itu dinaikkan kepada RM20 juta.

Faiz, 26, yang terkenal dengan julukan ‘Messi’ telah meledak tiga gol (dalam semua pertandingan) bersama Red Giants setakat ini, malah dia turut menjaringkan gol cantik dalam penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan ketika menewaskan Afghanistan 2-1 dalam Piala Air Marine, bulan lalu.

“Nak tahu sebab apa ? Sebab Faiz Nasir tak berhenti nak buat gol! Apa yg min (admin) pelik pemain yg lagi besar dari Faiz tak mampu untuk sekat Messi Selangor ni ! Badan Faiz ni memang solid utk hold bola & bukan mudah nak jatuhkan Faiz ni.

“Min tengok @faiznasir15_ ni jenis bukan player yg mengharapkan untuk dapatkan penalti sebaliknya dia cuba untuk score dengan semampu yg boleh.. Kipidap Messi Selangor ! ߏ? Klausa dijangka naik RM20 juta,” tulis ߔ?Selangorfans_official dalam Instagram.

Setakat ini, penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid, 20, memiliki harga paling tinggi iaitu RM12 juta. – UTUSAN