Facebook Mengeluarkan Kenyataan Bahawa Kata Laluan Instagram Disimpan Didalam Teks Biasa – Amanz

Facebook dan masalah penyimpanan kata laluan berpisah tiada. Beberapa minggu lalu kami ada menulis laporan bahawa Facebook didapati menyimpan kata laluan para pengguna mereka didalam teks biasa.

Hari ini, kenyataan media yang dikeluarkan oleh Facebook mengenai isu tersebut telah dikemaskini, dan memberitahu bahawa mereka baru sahaja mendapat tahu bahawa terdapat juga kata laluan pengguna Instagram yang disimpan didalam teks biasa sahaja.

Masalah tersebut diketahui baru-baru ini, dan pihak Facebook dikatakan sedang bertungkus-lumus untuk memperbaiki isu tersebut, dan sedang dalam proses untuk memaklumkan para pengguna yang terlibat.

Apa yang merisaukan ialah sama seperti isu penyimpanan kata laluan pengguna Facebook sebelum ini, jumlah kata laluan yang disimpan didalam teks biasa adalah dalam lingkungan beberapa juta, walaupun Facebook berkata bahawa kata-kata laluan ini tidak disalahgunakan oleh sesiapa.

Jika anda seorang Instafamous, ataupun penggemar Instagram, nasihat kami ialah untuk menukar kata laluan akaun anda sebagai langkah berjaga-jaga supaya akaun anda tidak digodam.

ep2p-2