Dr Mahathir bidas pengkritik MB Johor

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung cadangannya supaya penduduk sekitar Pasir Gudang perlu menutup pintu rumah sebagai langkah mengatasi pencemaran udara akibat bahan kimia.

Dr Mahathir sebaliknya menegaskan mana-mana pihak sepatutnya memberi cadangan terbaik untuk menangani masalah pencemaran itu dan bukannya hanya mengkritik semata-mata.

“Mereka yang kritik kami patut datang sebelum kami buat apa-apa dan beritahu kami apa perlu dibuat dan kami akan ikut,” kata beliau seperti yang dilaporkan oleh Sinar.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berpuas hati dengan kerja-kerja dilakukan untuk menangani kesan akibat pencemaran sisa bahan kimia tersebut.

“Kakitangan hospital telah melakukan kerja dengan sangat baik. Ia bukan sesuatu yang biasa apabila orang keracunan bahan kimia tetapi mereka telah berjaya cegah kematian daripada berlaku.

“Secara keseluruhannya pengendalian masalah ini di Pasir Gudang sangat bagus dan saya tak nampak ada keperluan untuk umum langkah kecemasan,” katanya.

ep2p-5small