Dah dapat, dah…

mission accomplish, dapat dah kain samping yang diidamkan…

 yang ni memang jatuh cinta at the first sight…terus grab yang ni. suka dengan kaler pastel yang lembut cenggini! memang rambang mata dibuatnya… semuanya cantik2 belaka, tapi harga display memang macam tak berani nak tanya… lepas tu beranikan diri tanya, rupanya harga jualan dia memang jauh sangat daripada dispaly price tag tu… kena pandai menawar lah kalau gitu.

 cantik jugak kan… katanya harga dibazar Buluh Kubu lebih tinggi dari pasar Siti Khadijah. tapi sebab masa kami sampai, pasar siti khadijah tutup sepenuhnya kerana ada majlis gotong royong perdana, jadi kami pun terus lah ke pasar buluh kubu… dan esok paginya baru ke pasar siti khadijah… memang jauh berbeza harga songket yang kak rose beli di bazar buluh kubu tu… tapi apakan daya, redha jer lah..

 cantik pada pandangan tuan yang nak pakai… so beli jer la..

 deretan songket yang cantik cantik…

 batik sutera dan songket on display.

 ishhh!!! memang rambang mata nengoknya!

 the more kita pusing2.. lagi cantik2 ade dipamerkan… tapi hati memang dah stick kat yang memula beli tadi tu…

 cuci mata an cuci poket juga sudahnya…rasa rugi pulak kalau dah sampai sini tak membeli kan???

 batik sutera pun memang cantik2.. dan rega nya juga sangat lah cantik!

another batik sutera on display…kecundang juga akhirnya dari menahan diri dari membeli… itulah kita ni pompuan kan…. nasib baik tukang bayo ok jer…terima kasih en suami. lain kali boleh lah belikan lagi…😜😜

ep2p-2