Airmata dan kerja keras rakyat Malaysia diperlukan untuk bantu pulihkan negara

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih daripada itu untuk memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.

Oleh yang demikian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pelbagai masalah bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada ‘tongkat sakti’, tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya)…ia tidak berfungsi seperti itu…ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang rakyat Malaysia.

“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki keadaan yang runcing dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi,” kata Wan Azizah semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis semalam.

Rakyat juga harus memahami kerajaan Pakatan ketika ini sedang berusaha sehabis baik demi kepentingan rakyat serta untuk menambahbaik kehidupan setiap individu didalam negara.

Jadi, rakyat tiada pilihan lain selain dari memberikan sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan didalam melaksanakan agenda pemerkasaan nasional disamping melunaskan janji-janji manifesto yang dibuat terdahulu.

ep2p-2