Twitter Memperkenalkan Kemaskini Untuk Aplikasi Mereka Dengan Fokus Terhadap Kamera – Amanz

Twitter hari ini telah memperkenalkan kemaskini baru untuk aplikasi Android dan iOS mereka – yang diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna – dimana melaluinya, ia menawarkan kemaskini dengan memfokuskan kepada penggunaan kamera.

Kini, pengguna boleh boleh menatal ke kiri, dan merakamkan gambar atau video dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Dengan pengenalan ciri ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi pengguna berkongsi pelbagai perkara sekeliling mereka dalam bentuk visual – berbanding hanya teks sebelum ini. Malah, ini juga mungkin merupakan penawaran alternatif pihak Twitter dalam bersaing dengan format “Stories” yang semakin popular pada hari ini.

Sebaik sahaja merakamkan gambar, pengguna boleh menambha teks, dan terus berkongsi ke susur masa dengan serta-merta dan pantas. Twitter turut mengatakan, pada masa akan datang, mereka akan meningkatkan had perkongsian video kepada lebih daripada 2 minit.

Bagi anda yang menggunakan Twitter, anda akan menerima kemaskini ini dalam masa beberapa hari lagi.

ep2p-2