My Kuali: Pengat pisang tanduk

 Alhamdulillah, kali ni dapat beli pisang tanduk yang masak cantik. walaupun masa beli tu masih hijau kulitnya, tapi lepas dua hari dah nampak kuning sikit dan hari ketiga dah boleh buat pengat ni… pernah rasa jeran nak beli pisang yang belum masak sbb terkena macam pisang putik jer… selepas dua minggu pun tak masak, dan akhirnya buruk cam tu jer. sayang kan… tu yang syukur sangat, bila dapat pisang yang cantik macam ni… jom lah kita buat pengat untuk minum petang..

Bahan-Bahannya :-








Sebiji pisang tanduk yang besar








4 sudu besar sagu biji (direndam sekejap dengan air)




500ml santan




1/2 ketul gula melaka (dipotong kecil supaya senang larut)




2 sudu besar gula




2 helai daun pandan (diikat simpul)








Cara Membuatnya :-








  • Dalam
    satu periuk, masukkan santan, gula, gula melaka dan daun pandan.
    Masakkan dengan api sederhana. Kacau selalu hingga mendidih.
  • Biji
    sagu yang direndam, dicuci dan toskan. Kemudian dimasukkan ke dalam
    periuk. Kacau selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih).
  • Akhir sekali masukkan pisang. Kacau seketika hingga pisang masak. Padamkan api dan hidangkan.

ep2p-2