My Kuali: Nasi goreng daging

lama rasanya tak masak nasi goreng daging ni…

 so jom la kita buat dia… ade nasi lebih tapi sayur mayur tak de pulak nya… letak aje lah apa yang ada dalam fridge tu kan… kita yang buat dia, jadilah nasi goreng daging dengan sayur carrot dan purple cabbage. boleh jer kan.. sayur jugak tu! 😜.  ni kak rose buat sebelum pergi berjimba2 kat lombok tempoh hari, nak jugak tepek kat sini… blog makan2, nasi goreng yang tinggal sejarah pun nak enter frame jugak lah! meh lah tengok resepinya, mekasih AlongRoz kongsikan resepinya..

Bahan-bahan

  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah – tumbuk
  • 100-200g daging – hiris nipis – kak rose buh daging kisar jer
  • Segenggam mix vege  (kak rose letak carrot n kubis pepel )
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah 

 Cara-cara

  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan sayur.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

ep2p-2