My Kuali: Murtabak segera

 kadang kadang buntu jugak nak buat kuih apa untuk menu minum petang aka dinner kak rose ni.. malam memang kami jarang sekali makan nasik, so menu simple2 cam ni will do for keluarga kami… dan semalam, lepas balik dari kuliah kak rose mulakan projek buat murtabak segera ni…cuma buat intinya dan kulit tu guna jer kulit popiah yang dah keras kejung dalam freezer tu… nasib baik jer belum expired… jom check it out resepinya… terima kasih kawan blogger masak2 yang kongsikan resepinya…

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang (kak rose buh sekeping mince meat jenama Ramly)
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose guna batang celery)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • kulit popia
  • 2 biji telur (kak rose guna 3 biji telo)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh
    dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging
    cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang
    dipotong dadu.masukkan garam. jika terlalu kering,
    tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan
    daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

ep2p-5small