My Kuali: Mayonnaise pancake

 laaaaaama sangat rasanya tak buat pancake macam ni… dan bila buntu tak tau nak buat apa untuk minum petang, en asben suggest buat pancake ni… tukang masak pun dengan rajinnya terus lah buat kan..ternayta tak rugi membuatnya sbb sekali ngadap jer terus habis empat keping gebus gebas ni…

 tapi dalam adunan ni kak rose tak bubuh susu pekat tu, tapi just nice jer manisnya dan bila makan pulak dengan jem strawberry ni tak de lah manis sangat buat kak rose yang memang kurang sangat makan yang manis2 ni.. en asben pun tak de complaint, so kira pass lah tu… tak habis2 nak masuk lift tekan sendiri!

meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya..

Bahan2:

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula castor
2 sudu besar susu pekat manis (kak rose omit yg ni)
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
2 sudu besar mayonis

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

ep2p-5small