Flickr Tidak Akan Mengambil-Kira Gambar “Creative Commons” Dibawah Had 1000 Gambar Percuma – Amanz

Flickr sebelum ini telah melakukan pelbagai perubahan dibawah pemilik baru, termasuk mengumumkan mereka akan mengehadkan akaun percuma kepada hanya 1000 gambar sahaja – dan pengguna perlu menaik-taraf kepada Flickr Pro untuk menikmati storan tanpa had.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Flickr hari ini turut berkongsi mengatakan mereka tidak akan mengambil kira gambar yang dilesenkan dibawah “Creative Commons” dibawah had berkenaan. Ini sekaligus membolehkan ramai pengguna terus memuat-naik gambar dibawah lesen Creative Commons.

Untuk makluman, Creative Commons merupakan salah satu penawaran lesen dalam bentuk “terbuka”, yang menawarkan kebolehan untuk pengguna lain menggunakan gambar atau video anda dengan memberikan kredit yang sepatutnya. Terdapat beberapa variasi lesen Creative Commons pada hari ini, termasuk yang memberikan anda kebebasan untuk membuat perubahan dan sebagainya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan komuniti untuk terus berkongsi gambar secara terbuka dibawah lesen Creative Commons, dan tidak perlu risau akan had yang dikenakan Flickr terhadap akaun percuma lain.

ep2p-5small