Colorful Memperkenalkan Kad Grafik iGame GeForce RTX 2080 Ti KUDAN – Hadir Dengan Sokongan Penyejukan Cecair – Amanz

Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti merupakan kad grafik yang paling berkuasa dari mereka setakat ini, dan pelbagai rakan pembina kad grafik hadir dengan rekaan mereka sendiri untuk memaksimakan prestasi komponen tersebut.

Salah satu daripada jenama tersebut ialah Colorful. yang baru sahaja memperkenalkan kad grafik terbaru mereka, iaitu iGame GeForce RTX 2080 Ti KUDAN. Kad grafik ini bukan sahaja hadir dengan spesifikasi kelajuan GPU yang dilewah-jam selaju 1815MHz dan rekaan yang cukup menarik.

Kad grafik ini menyokong pelbagai jenis sistem penyejukan, termasuklah penyejukan kipas, penyejukan cecair melalui radiator 240mm yang hadir dengan kad grafik ini, dan juga sistem penyejukan cecair khusus bagai mereka yang lebih gemar membina komputer yang menggunakan sistem penyejukan khusus.

Selain dari sistem pencahayaan RGB, kad grafik RTX 2080 Ti KUDAN ini juga hadir dengan panel LCD di tepi kad grafik yang boleh menunjukkan butiran-butiran khusus seperti kelajuan GPU, suhu, kelajuan kipas dan sebagainya.

Kad grafik ini hadir dengan tanda harga $3000 (RM12000) dan terhad kepada 1000 unit sahaja, dimana setiap unit kad grafik ini akan diukir dengan angka unitnya sendiri.

ep2p-2