SERANGAN tornado di Alabama dan Georgia pada 3 Mac lalu menyebabkan 23 orang awam terbunuh.

Malah, banyak kediaman musnah akibat dibadai angin kencang menerusi fenomena alam itu.


The drone footage shows the perfectly intact house surrounded by complete devastationRibut kuat tersebut melanda dengan kelajuan 170 batu sejam dan diletakkan di peringkat F4.

Hasil rakaman drone di kawasan Ellersie bagaimanapun memaparkan beberapa buah rumah masih utuh disekeliling hutan yang musnah.

Dirakam oleh jurufoto Matt Gillespie, dia kemudiannya memuat naik video itu ke laman Youtube.

Ramai pelayar Facebook menyuarakan rasa kagum mereka apabila beberapa kediaman itu hanya mengalami sedikit kerosakan sahaja.



“Ingatan dan doa untuk semua yang berhadapan dengan kemusnahan ini, yang tercedera atau mengalami kehilangan,” tulis Gillespie pada posting tersebut.

Menerusi kejadian itu, penduduk setempat hanya menerima amaran 13 minit sebelum ia membadai.

Ia sekaligus menyukarkan mereka untuk menyelamatkan diri dan harta benda kerana kesuntukan masa. – Daily Mail.