Video: Tesco Semenyih Sesak Teruk Gara-Gara Najib Datang Beli Barang dapur

KUALA LUMPUR – Kawasan sekitar dan dalam Pasaraya Tesco Semenyih sesak teruk dengan orang ramai berhimpit-himpit mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak setelah menyedari kehadiran bekas Perdana Menteri itu di pusat membeli belah berkenaan.

Najib sendiri mengakui tidak menjangkakan sambutan luar biasa itu memandangkan kehadirannya secara santai sambil mahu membeli beberapa barangan dapur.

Laungan “Boss Kita, Malu Apa Bossku” dan “Bukan Beshe Beshe (Bukan Biasa-Biasa)” bersilih ganti bergema di pusat membeli belah itu sambil orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berswafoto dengan beliau.

“Saya tak sangka sambutan yang luar biasa dan satu suasana yang amat tidak saya jangka menunjukkan bahawa rakyat memang nak dekat dengan saya. Sebagai pemimpin, mudah-mudahan ia diterjemahkan dalam bentuk sokongan.

“Jika saya menerima undangan, InsyaAllah saya akan turun Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah di Tesco Semenyih, di sini malam ini, lapor Utusan.

Ditanya mengenai harga barang di pusat beli-belah berkenaan, Najib menjelaskan beliau tidak dapat membuat tinjauan lanjut berikutan keadaannya yang dikerumuni orang ramai.

“Saya dapat beli, tapi tidak dapat buat tinjauan kerana terlalu ramai kerumun keliling saya, jadi saya tidak dapat buat tinjauan sebenarnya.

“Tapi komen-komen daripada orang ramai, mereka mengeluhlah barang naik, katanya.

Sementara itu, laman Facebook beliau yang turut menyiarkan lintas langsung kehadirannya di situ sehingga kini merekodkan lebih 393,000 ribu tontonan, lebih 6,000 perkongsian dan dibanjiri hampir 21,000 komen positif daripada netizen. – SuaraTV

ep2p-2