Telefon Pintar 5G Pertama Daripada Oppo Akan Dijana Snapdragon 855 – Amanz

Pada tahun ini, ia menyaksikan perlumbaan pelbagai pengeluar untuk memperkenalkan peranti 5G masing-masing. Pihak Oppo turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan hari ini yang mana mereka akan hadir dengan telefon pintar 5G mereka, dan ia akan dijana menggunakan cip Snapdragon 855.

Untuk sokongan modem 5G pula, ia dijangka menggunakan modem Qualcomm Snapdragon X50 bersama-sama dengannya.

Oppo mengatakan mereka telah sedia melabur dalam pembangunan teknologi 5G sejak daripada tahun 2015 yang lepas. Ini termasuk dalam rekaan peranti dan teknologi pada peranti dalam menyokong teknologi rangkaian baru ini.

Oppo menekankan yang mana sokongan rangkaian 5G akan memudahkan pelbagai perkara dan membawa kepada kaedah interaksi baru. Ini termasuk dalam kemudahan penstriman daripada awan, dan sebagainya.

Oppo 5G

Oppo tidak mengumumkan lagi bilakah peranti pertama menggunakan teknologi ini akan hadir. Berkemungkinan kita boleh melihat ia diumumkan bersama peranti dengan sokongan zoom nirhilang 10x pada suku kedua 2019 kelak.

Pada pengumuman ini juga, Oppo turut mengumumkan rakan kerjasama mereka untuk menjayakan penawaran 5G ini, termasuk pihak Singtel dari Singapura.

ep2p-5small