My Kuali: Kuey Teow goreng simple

hmmmm… sedapnya…

 masa berbrisk walking pepagi hari bersama dengan kawan, dia cerita pasal family dia suka sangat dengan kuey teow goreng simple cam ni… since the whole family are vegetarian, so memang agak limited lah bahan yang dia boleh taruk dalam kuey teow goreng dia. dari berlenggang mak limah pepagi tu terus lah g kekedai cari bahan2 nak buat jugak… mana boleh dengar cerita sambil telan ailio jer kan… so jadilah menu kuey teow goreng untuk minum petang aka dinner sekali.. jom check resepinya…

Bahan2:

  • 400g kuey teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka
  • Sedikit daun kucai
  • 3 biji telur
  • Udang secukupnya
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis

Cara2:

  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan udang dan gorengkan sebentar
  2. Pecahkan
    2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan
    semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow.
    Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama (masukkan garam dan perasa
    jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah
    itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan
    rasa dan masukkan tauge dan daun kucai, kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk
    dihidangkan

ep2p-2