My Kuali: Bubur candil

Asalamualaikum dan salam selasa buat kawan2 semua…

semuga semua sentiasa dalam Rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin

 pepagi yang panas dan ceria ni kak rose nak kongsikan resepi bubur candil yang kak rose buat beberapa hari lepas… kekadang tu memang dah buntu nak buat apa untuk minum petang kan… lunch memang jarang sekali lah nak masak sebab tukang makan pun dah lunch kat ofis, so selalu cuma sediakan juadah untuk minum petang aka malam je lah… jom lah tengok resepi bubur candil ni..

bahan2nya.


  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • warna pilihan – option
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah (kak rose buh suma gula putih)
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan

  • uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat. Boleh letak pewarna jika suka.
  • kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  • sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  • tuangkan
    sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir
    sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  • perasakan manis nye.bila dah mendidih bolehlah diangkat.

dah ready untuk dihidangkan….

ep2p-5small