My Kuali: Bebola ubi keledek

 kalau kawan2 tak ade idea nak buat juadah minum petang, boleh lah mencuba buat bebola ubi keledek aka cucur keledek ni… mudah dan sedap pulak tu… buat kak rose yang memang suka sangat dengan apa saja cucur untuk kudapan petang2… nak menggoreng nya macam bersauna kat depan dapo sbb nak golek2kan dalam kuali tu nak bagi cantik bolet2 cam ni… tapi makan sekejap jer dah licin. tapi Alhamdulillah, tukang masak akan sangat berbesar hati bila hidangan dia habis  kan… resepi sebagai panduan, kalau tak nak buh gula pun ok jer, tapi kurang manis la… hihi

bahan2

  • 2 cawan ubi keledek-rebus&mashed
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu baking powder
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit garam
  • 3 tsb gula (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Masukkan ubi, BP, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah
    tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
  2. Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.

ep2p-2