GMail Dengan Antaramuka Baru Diperkenalkan Kepada Pengguna Android – Amanz

Google pada bulan lepas telah mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini GMail untuk Android dengan rekaan antaramuka baru. Antaramuka ini menawarkan rekaan yang selari dengan rekaan berasaskan web dan menggunakan elemen Material Design.

GMail Android Baru

Kini, bermula hari ini, Google telah mula menawarkan kemaskini aplikasi GMail untuk Android, sekaligus menawarkan antaramuka baru ini kepada semua.

Melalui rekaan baru ini, ia menyertakan sejumlah perkara baru, termasuk kemudahan untuk anda melihat kandungan emel tanpa membukanya, mengakses akaun emel lain dengan lebih mudah, selain ciri-ciri seperti Smart Compose dan Smart Reply. Pengguna turut diberikan pilihan paparan yang diminati mereka selepas pemasangan aplikasi versi baru ini.

Bagi anda yang menggunakan GMail di Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini.

Muat-Turun GMail untuk Android

ep2p-2