Tuan rumah bz lagi….

Asalamualaikum dan jumpa lagi didapo maya yang cacamarba nih….
seminggu jugak tak berjenguk kat sini…

 kasih anakibu… 💖💖💑💑

Alhamdulillah hari ini dapat meluangkan masa nak mengupdate dapo maya kak rose ni… dugaan Allah berikan tanpa ada tanda dan kami redha dan terima seadanya…dan syukur jugak segalanya dipermudahkan. Aamiin. selepas bz sepanjang minggu, hari selasa lepas, en asben dapat called dari adiknya yang mengatakan MIL tak sihat dan admitted kat sepital… maka kami yang jauh ni pun terus berkemas dan balik kampung lah pagi rabu tu…

 ya, dugaan Allah beri tanpa ada salam perkenalan… dalam perjalanan bila check angin tayar keta ni semacam ada yang tak kena jer… maklumlah nak berjalan jauh, so pergilah tanya kat petrol station tu kalau derang boleh tolong check kan… tapi tak de pulak peralatan dan derang soh masuk toll tapah dan cari kedai tayar kat sana… so memang nak kena belai dulu sebelum meneruskan perjalanan…  bayangkan barang kecik yang cuma berharga 6 ringgit tu boleh melumpuhkan perjalanan sebuah kereta. gantikan valve dan off we go meneruskan perjalanan melalui lebuh raya timur barat.

 jam 2.30 petang kami melalui lebuh raya timur barat Gerik ni dan kami terjumpa dengan kepulan kabus yang tebal… agak jauh jugak perjalanan dengan kabus tebal macam ni…melindungi pandangan ditengah lebuhraya hutan tu…masa ni ada sedikit drizzle. tapi Alhamdulillah lepas tu cuaca cerah dan panas semula sehinggalah kami tiba di simpang paglima bayu menuju ke rantau panjang. kami disambut degan hujan yang sangat sangat lebat… Allahhu Akbar…

 cuaca redup masa kami tiba di post immigresen sungai golok ni… tak ramai orang masa ni, maklumlah weekdays dan sekejap jer urusan kat sini dah settle… passport, insurance dan custom clearance untuk bawak kereta masuk… dan sebelum meneruskan perjalanan kena lah beli sim card dan tukar currency dulu… 1thb=0.13rm…rm1,300 for 10,000tbh 😭😭 bila rm ni nak naik balik kan???

 
talian hayat untuk kami berhubung bila berada diseberang..
 

 dan bila dah selesai semunya, kami meneruskan perjalanan menuju ke hospital dimana MIL warded… Rajanakarin Hospital Narathiwat… dan kami terus berada bersama MIL hingga lah discharge pada hari kempat warded.. nasib baik dapat single beded room yang luas dan selesa untuk kami bertunggu dan jaga dia dan Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan mil kembali sihat dan cergas selepas kes keracunan makanan yang menyebabkan dia cirit birit hingga terpaksa admitted. dan ada hari ke lima kami tinggalkan mil untuk kembali semula ke shah alam…semuga mil sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan lindungan Allah sentiasa. Aamiin

ep2p-5small