RICHARD BEEBYKUALA LUMPUR 29 Jan. – Ketua Senarai Prestasi Kebangsaan Pegawai Perlawanan Profesional Terhad (PGMOL), Richard Beeby memuji komitmen tinggi yang ditunjukkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam usaha menaikkan imej dan kualiti Liga Malaysia (Liga M).

Beeby percaya MFL yang mengambil inspirasi PGMOL dengan menubuhkan Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) bakal memberikan kesan positif cukup besar kepada mutu pengadilan selain mengangkat standard bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Beliau mengakui langkah MFL bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjadikan pengadil tempatan berstatus profesional untuk bertugas secara sepenuh masa pada tahun ini adalah selari dengan perkembangan bola sepak antarabangsa.

Membawa masuk pengadil profesional akan membantu meningkatkan kredibiliti perlawanan kerana faktor kredibiliti pengadil profesional itu sendiri.

Penampilan pengadil profesional di Malaysia seharusnya digalakkan dan ia akan menjadi elemen penting dalam memastikan mutu pengadilan bola sepak Malaysia menjadi lebih bagus.



Image result for Richard BeebySecara tidak langsung, pengadil akan menjadi lebih cergas dan lebih fokus kepada perlawanan apabila mereka ditawarkan menjadi pengadil sepenuh masa dan sudah menjadi keperluan untuk bola sepak Malaysia memiliki pengadil profesional.

Terdahulu, MFL bersama FAM mengadakan perjumpaan bersama PGMOL di London kelmarin bagi mendapatkan khidmat nasihat bersama badan induk pengadil profesional Liga Perdana Inggeris itu bagi penubuhan PMOM.

Pertemuan ini bertujuan mendapat gambaran lebih jelas serta kepakaran daripada pihak PGMOL dalam meningkatkan kualiti pengadilan Liga Malaysia.

Sebagai rekod, PGMOL yang sebelum ini dikenali Board of Match Official Game Board, ditubuhkan ketika pengadil Liga Perdana Inggeris menjadi profesional pada tahun 2001 dan menjadi badan yang bertanggungjawab untuk pegawai perlawanan dalam bola sepak profesional Inggeris. – UTUSAN