Najib tak tahu malu selepas curi duit rakyat Malaysia.. – Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah.

Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi mendapatkan sokongan semula daripada rakyat selepas berdepan pelbagai tuduhan di mahkamah.

“Kita (kerajaan Pusat) sudah memberi banyak kelonggaran kepada beliau (Najib)… zaman beliau dulu, belum charge (tuduh) apa-apa (di mahkamah) sudah kena pakai baju oren… macam (Datuk Seri) Shafie Apdal, belum kena tuduh (di mahkamah) pun sudah kena pakai baju oren.

“Tapi, Najib sudah kena charge (tuduh) di mahkamah pun, beliau masih bebas dan (buat) cerita macam-macam untuk cari sokongan… fikir dan tengoklah, orang macam ini boleh percaya ke? Curi duit dan beliau tidak boleh nafikan yang beliau curi duit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan pada Program Membangun Bersama Harapan di Dataran Sungai Koyan.

ep2p-2