My Kuali: Makan2 di Makin Makan

 Makin Makan nama kedainya… cuma sekali ni jer kak rose makan kat luar semasa jaga mil kat sepital tu… selebihnya tapau jer dan makan je dalam bilik wad… nasik kerabu, nasi dagang, nasik berlauk, pulut ayam semuanya mudah dapat dikawasan hospital yang memang menyediakan kawasan untuk berjual segala neka makanan untuk pengunjung dan peneman yang sakit…kebetulan dari bilik mil ditingkat dua tu, boleh nampak gerai tu kat bawah… so senang lah nak dapat bekalan makanan dan penjualnya semuanya adalah muslim thai… tak perlu risau tentang kehalalannya kan..

 dan makin makan ni juga kedai muslim yang terletak tak jauh dari hospital tu.. so boleh lah nak melangkah kat sini… tapi sayang tak reti nak baca menu, so tukang kedai kenalah explain apa yang tertulis tu… pilihan paling mudah, nasi goreng jer..

 nasi goreng ketam yang sedap… guna ketam fresh, tapi sayang setiap kali makan tu adalah tergigit kulit atau selaput ketam tu… a bit annoying pulak la walaupun nasik goreng ni sangat lah sedap pada kak rose… maklumlah perut tengah lapo, nampak apa pun sedap lah!

bertambah sedap dilawankan dengan seafood kerabu ni… actually no so seafood lah sebab ada fillet ayam jugak dalam tu selain udang, ketam dan sotong yang fresh… meratah pun sedap, cukup dengan masin, masam dan manisnya… yang paling best buat kak rose ialah sbb kerabu ni tak pedas… purposely mintak jangan buat pedas2… boleh kan? ok lah hari ni gantung piyok, nak g kenduri pulak….

ep2p-2