My Kuali: Jumaat dan Surah Al-Kahfi

Asalamualaikum san salam jumaat, penghulu segala hari…

 Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk mengadakan majlis bacaan surah Al-Kahfi dirumah kak rose pada jumaat dua minggu lepas… walaupun sempit tapi meriah dengan tetamu yang datang.. dua kali kak rose buat majlis ni dalam masa terdekat… sebab nya tiada siapa yang sanggup nak adakan majlis kat rumahnya, jadi kak rose offer diri jadi tuan rumah lah… happy bila ramai yang datang.. dan bila terima offer dengan mengejut ni memang yang mudah2 jer la kak rose boleh sediakan… lontong jer tuan rumah mampu sediakan, tapi memang tak muat meja denga kuih pot luck yang dibawa oleh tamu kak rose. Alhamdulillah..

 nasi impit home made yang kak rose sediakan…

 nasib baik lah sayur2 ni ade stok kat dapo tuan rumah… mudah lah nak siapkan sebab memang tak sempat nak d kedai cari bahan, lagi pun derebar semua kerja… so masak jer apa yang ade kat dapo kan..

 pagi2 hari bersauna sediakan kuah lontong seperiuk beso ni… dapatlah tetamu tapau bawak balik lepas makan2… bila semuanya habis maka senang lah tuan rumah nak mengemasnya.

 sambal tumis kak rose sediakan malam tu…

selepas majlis, masa untuk berkemas pulak…

 antara tetamu yang awal sampai… kebetulan semua pepel pulak…😍😍

sebahagian dari kawan2 yang hadir…. terima kasih semua.

ep2p-2