LG Akan Memperlihatkan Telefon 5G Dengan Snapdragon 855 Dan Bateri 4000mAh Pada MWC 2019 – Amanz

Beberapa pengeluar telah mula mengumumkan perancangan mereka untuk MWC 2019. Selepas Huawei, kini LG turut menyatakan perancangan mereka untuk memperlihatkan telefon 5G mereka secara rasminya pada MWC 2019 kelak yang akan berlangsung mulai 25 Februari 2019.

LG MWC 2019

LG mengatakan telefon pintar 5G ini akan menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 855, selain dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh. LG turut mengatakan telefon ini turut bakal menyertakan “Vapor Chamber” yang lebih besar berbanding pada LG V40 – sekaligus membolehkan peranti berkenaan kekal pada suhu yang baik untuk penggunaan jangka masa panjang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan MWC 2019 pada bulan Februari ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak LG ini.

ep2p-5small