Lagi Gambar Samsung Galaxy S10 Tertiris – Memperlihatkan Skrin Berlubang, Bicu Audio 3.5mm – Amanz

Samsung bakal memperkenalkan Galaxy S10 secara rasminya pada 21 Februari 2019 kelak. Tetapi, seperti biasa, pelbagai gambar peranti berkenaan telah pun tertiris – dan kini, beberapa gambar lagi hadir ke arena web memperlihatkan perbandingan antara Galaxy S10 dan juga Galaxy S10+.

Galaxy S10

Kedua-duanya dilihat menawarkan rekaan peranti nirbingkai. Galaxy S10 hadir dengan skrin berlubang untuk menempatkan satu kamera sahaja, sementara Galaxy S10+ pula dilihat membawakan ruangan sedikit besar – berkemungkinan untuk dwi-kamera atau untuk sensor tambahan. Paparan skrin juga memperlihatkan penggunaan antaramuka yang serba baru oleh Samsung.

Galaxy S10

Selain itu, pada bahagian belakang, kedua-dua peranti dilihat seperti membawakan sokongan tri-kamera belakang. Tiada pengimbas cap jari diposisikan pada bahagian belakang peranti – memperlihatkan penyertaan pengimbas cap jari pada skrin.

Menariknya, Samsung dilihat mengekalkan penyertaan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini.

Galaxy S10

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam minggu-minggu akan datang. Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkaitan ketirisan terbaru ini?

ep2p-5small