PENYOKONG sepanjang hayat Liverpool Bernard Sheridan meraikan hari lahirnya yang ke-104 bersama dua orang penting di Anfield.

Sheriden diraikan oleh pengurus The Reds Jurgen Klopp dan legenda kelab Kenny Dalglish selepas aksi kemenangan ke atas Crystal Palace Sabtu lalu.

Penyokong veteran itu turut dibawa melawat sekitar stadium dan berborak dengan Klopp dan Dalglish.

Sheridan berkata kepada Klopp: “Semua kegembiraan yang anda berikan kepada saya sejak beberapa hari lalu sangat menakjubkan.

Kemudian Klopp menjawab: “Perlawanan menarik, kan?.”

Sheridan kemudian dikenalkan kepada Dalglish yang berjenaka bahawa kutipan mata permainan golfnya juga 104.

Sheridan merupakan penyokong Liverpool selama 96 tahun dan dijemput secara eksklusif menonton perlawanan sebagai sebahagian daripada sambutan hari lahirnya.



Perlawanan itu menyaksikan Mohamed Salah menjaringkan dua gol bagi kemenangan 4-3.

Sebelum itu wakil kelab turut menghadiahkan sekeping surat daripada Klopp, sebiji kek dan sehelai jersi bertulis ‘ Bernard’104’ di bahagian belakang.

“Kelab melayan saya seperti kerabat diraja…ia sanagt menarik, saya tidak akan melupakannya, ujarnya kepada BBC Sport.- Dailymail.co.uk