Aura Najib Razak bukan punca kekalahan PH di Cameron Highlands.. – Muhyiddin

“Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihanraya kecil Parlimen Cameron Highlands bukan disebabkan aura bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” tegas Timbalan presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, kekalahan PH itu adalah petanda jelas agar kerajaan baru memperbaiki keadaan dan lebih mengutamakan kehendak rakyat.

“Kita akan berusaha meskipun cabaran agak hebat. Tetapi ada juga pengajaran kepada kita walaupun tidak menang.

“Banyak perkara lagi Pakatan Harapan kena ambil kira supaya kita dapat memperbaiki keadaan,” kata beliau ketika sidang media di Unimap Perlis.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak menolak kemungkinan, rakyat mungkin tidak berpuas hati mengenai kos sara hidup, pembangunan dan sebagainya sehingga mereka mengambil keputusan menolak Pakatan Harapan dalam PRK tersebut.

Dalam PRK Parlimen Cameron Highlands semalam, BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan, M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi.

ep2p-5small