My Kuali: Creamy chicken soup

Alhamdulillah dengan rezekinya…

 sup peberet… buat berkali2 pun tak jemu. apa lagi kalau ada roti keras ni, sapu butter, bakar sekejap dan dip dalam sup ni… memang heaven lah…. makan cam tu jer pun sangat kena dengan tekak kami anak beranak. kadan g tu guna jer roti gardenia tu jer pun boleh jugak untuk dimakan dengan sup ni… kita yang buat dia kan…

 ni la roti baguette yang keras kejung tu… tapi bila dah sapu butter dan bakar sekejap memang rangup sangat. krup krap makan dengan sup ni. jom tengok resepi creamy soup ni…

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 

 Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

ep2p-2