My Kuali: Butterscotch bread

tak payah beli dah..

 sejak dah pergi ulangkaji belajar buat roti tu, Alhamdulillah cik noxxa dah bertukar status dari tukun dan kini boleh lah tolong buat kerja menguli tu… dan since kami ni tak ramai, jadi kalau buat roti pun mana yang tukang makan suka jer… buat plain bun atau butterscoth loaf ni… selalu kalau beli roti gardenia jer yang butterscotch ni, kejap jer dah abes, so sekarang kena lah rajin2 buat sendiri kan…

 resepinya kak rose just guna basic bread punya dan masa last uli tu campak lah butterscotch chips ni banyak2 dalam tu, bentukkan dan terus masuk dalam loyang. kalau nak cepat proofing, kak rose masuk kan dalam kereta bawah porch tu… kan bahang macam dalam oven dalam tu, kejap jer dah naik membumbung… boleh lah terus bako dan dapat ngap panas2 bersama secawan nescafe o.

 

butterscotch chips yang kak rose guna…. lemak manis bila dah blend dalam roti tu. 😋😋

yang ni kak rose biar kosong jer… sapu butter dan jem strawberry masa makan tu. tapi sayang bila excited sangat dengan kejadiannya, dah siap terus ngap. uhwaaaa!!! terlupa terus nak snap gambar yang dah siap bako. apa pun semuanya dah jadi bahan kumbahan…😝😝

ep2p-5small