Lenovo Z5s Ferrari Edition Mungkin Hadir Dengan 12GB RAM – Amanz

Tahun 2018 ialah tahun di mana kita akhirnya melihat peranti dengan memori sebesar 10GB RAM. Huawei Black Shark Helo dan OnePlus 6T McLaren Edition ialah antara peranti yang dilengkapi saiz RAM yang besar ini. Tetapi ia mungkin akan dipintas pula oleh Lenovo Z5s Ferrari Edition yang hadir dengan memori sebesar 12GB RAM.

Menurut laporan GizChina, spesifikasi model edisi khas ini telah tertiris. Penawaran saiz RAM yang besar ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 845 dan storan sebesar 128GB. Sekiranya benar ini membuatkan Z5s Ferrari Edition peranti dengan saiz RAM terbesar di dunia. Adalah amat menakjubkan kerana kebanyakan komputer riba di pasaran hanya dilengkapi 8GB RAM.

ep2p-5small