Google Akan Tamatkan API Android Beam – Tiada Lagi Pemindahan Fail Melalui NFC – Amanz

Android Beam adalah satu fungsi pemindahan fail dari satu peranti ke peranti lain menggunakan NFC. Fungsi ini mula diperkenalkan pada Android 4.1 Jelly Bean melalui API Android Beam android.software.nfc.beam. Cara pemindahan ini unik, pengguna hanya perlu sentuh kedua-dua peranti antara satu sama lain untuk memulakan pemindahan data. Tetapi prosesnya hanya pantas jika memindahkan fail yang saiznya kecil.

Terkini, dalam Android akan datang – Google akan ‘memagar‘ API Android Beam android.software.nfc.beam ini. Ini kerana, dengan teknologi sekarang – pemindahan fail seperti menggunakan Files Go, ShareIt, Mi Drop atau AirDrop adalah lebih efisen dan pantas. API android.software.nfc.beam ini akan kekal dalam sumber kod Android – tetapi dalam Android akan datang – mungkin Android Q, fungsi ini tidak akan disertakan. Fungsi ini hanya akan wujud jika pengeluar peranti ingin sertakannya.

Ini jelas sekali, Google hanya ingin menggunakan NFC untuk tujuan tambatan ke aksesori audio dan/atau untuk tujuan pembayaran nirtunai Google Pay.

ep2p-5small