Gboard Kini Hadir Dengan Pilihan Tema Warna Cerun – Amanz

Gboard adalah aplikasi papan kekunci daripada Google. Ia hadir dengan rekaan yang minimal, tetapan yang ringkas dan banyak perkhidmatan daripada Google terbina. Salah satu kelebihan Gboard adalah kemampuan mengubah tema. Ia boleh pilih pelbagai tema warna atau menetapkan gambar tersendiri sebagai tema.

Kini, dengan trend banyak peranti menggunakan warna cerun – Gboard turut hadir dengan pilihan tema warna cerun bagi memadankan warna papan kekunci sama dengan warna peranti. Terdapat dua kategori warna cerun dalam Gboard ini, satu cerah dan satu lagi gelap. Untuk tema cerah terdapat 25 warna cerun yang boleh dipilih. Manakala, tema gelap terdapat 29 warna cerun yang boleh dipilih.

Pilihan tema warna cerun ini hadir dalam Gboard Beta versi 7.8.8. Bagi yang berminat boleh muat turun aplikasi ini melalui Google Play Store, atau melalui sideload dengan .APK yang boleh dimuat turun di pautan di bawah artikel ini.

Muat Turun: Aplikasi Gboard Beta Di Google Play Store

Muat Turun: Aplikasi Gboard Beta Di APKMirror

ep2p-5small