Bubur pulut hitam pulak la..

Bubur lagi….

 bubur ni kak rose buat dah bebrapa hari lepas, tapi nak jugak buat entry kat dapo maya ni… kali kak rose buat banyak untuk makan2 bergader dengan kawan kawan mengaji… so buat hingga 3 cawan beras pulut… bila dah kembang punyalah banyak jadinya… puas makan dan tapau jugak untuk kawan2… Alhamdulillah ade jugak rezeki unutk nak makan mengulang ulang kan..

meh kak rose kongsikan resepinya… tapi yang ni sebagai panduan untuk gandakan bahan2 untuk tiga cawan beras pulut tu… dan kak rose tak guna santan masa menghidang tu… terus jer masuk sekali masa memasak bubur ni… lebih terasa lemaknya, gitu.

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra) yg ni kak rose tak bubuh

 Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya.

ep2p-2