Bual Sukan: Bola Sepak : Pasukan Liga Premier 2019

Musim baru Liga Premier 2019 dijadualkan bermula pada 1 Februari 2019 (Jumaat) akan datang. Dua belas (12) pasukan akan bersaing merebut dua (2) slot pasukan ke saingan Liga Super 2020 akan datang. 

Setiap pasukan kini sedang giat menjalani latihan pramusim bagi mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan panjang Liga Premier 2019. Selain itu, pasukan juga turut menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain import berkualiti untuk pasukan masing-masing selain mengenengahkan pemain-pemain muda selaku pelapis pasukan masing-masing. 

Seperti Liga Super, pasukan dalam saingan Liga Premier 2019 juga terdapat perubahan di mana terdapat slot pasukan yang perlu diisi melengkapkan saingan dua belas (12) pasukan. Dengan pasukan Kuantan FA yang terpaksa menarik diri pada saingan musim lalu akaibat masalah kewangan yang dihadapi selain slot pasukan MISC MIFA yang kosong ekoran dinaikkan ke saingan Liga Super 2019 menggantikan pasukan Felcra FC. Juara Liga FAM 2018 iaitu Terengganu City FC yang sepatutnya bersaing di Liga Premier 2019 ditolak permohonan ekoran kegagalan mematuhi peraturan berkaitan serta kewangan.   

Ini menjadikan tiga (3) slot pasukan tersebut akan diisi oleh pasukan Terengganu FC II (Juara Piala Cabaran 2018), Selangor United (Naib Juara Liga FAM 2018) serta pasukan Perlis. Dua belas (12) pasukan Liga Premier 2019 akan datang adalah seperti berikut:

Kelantan

Negeri Sembilan

MISC MIFA (Dinaikkan ke saingan Liga Super 2019) 

Johor Darul Ta’zim II

PDRM FA

Sabah

UKM FC

Sarawak

UiTM FC

Pulau Pinang

Kuantan FA (Digugurkan dari saingan Liga Premier)

Terengganu FC II (Juara Piala Cabaran 2018)

Terengganu City FC (Juara Liga FAM 2018) * Permohonan ditolak 

Selangor United (Naib Juara Liga FAM 2018)

Perlis (Dinaikkan dari saingan Liga FAM 2019)  

ep2p-5small