Bakal pengantin hilang, Gambar lelaki jadi misteri

Seorang gadis, Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, 22 tahun yang bakal mendirikan rumah tangga Ahad ini dipercayai hilang dari rumah sejak Rabu lalu.

Mohd Ridzuan Makip, 47 berkata, pada hari anaknya menghilang itu, 19 hb (Rabu), dia menghantar anaknya sendiri ke Stesen LRT Setiawangsa selepas anaknya itu mahu keluar menghantar kad jemputan kepada kawannya.

“Kira-kira jam 3 petang (hari sama), saya cuba menghubunginya, namun telefon bimbitnya dimatikan. Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa lagi kerana beranggapan bateri telefon bimbitnya mungkin tiada.


“Bagaimanapun, saya bertambah cemas apabila usaha menghubunginya selepas waktu Maghrib, Rabu lalu hingga tengah malam, masih gagal sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang,” katanya yang mengakui berasa susah hati apatah lagi sudah tiga hari anaknya keluar tanpa ada sebarang khabar berita.

Keluarga mengharap dapat bertemu Nur Izuana secepat mungkin. Lelaki dalam gambar dipercayai sebagai Fuad yang mana gambar ini ditemui dalam bantal anaknya.

Lebih menggusarkan hati bapa ini apabila anak-anaknya yang balik untuk memeriahkan majlis kahwin kakak mereka menemui sekeping gambar lelaki muda dipercayai bernama Fuad di dalam bantal tidur anaknya.

Menurut Mohd Rinduan, anak-anaknya duduk di asrama. Mereka sudah balik sejak Rabu itu untuk majlis kahwin kakak mereka.

“Bila gagal menghubungi kakak mereka, anak-anak yang lain mencari petanda di bilik kakak mereka. Dari sinilah kami menemui sekeping gambar lelaki memakai kot. Pernah adik-adiknya terdengar kakak mereka berbual dengan seorang pemuda dipercayai nama Fuad.

“Saya berharap gambar ini memberi petunjuk dan jika benar namanya Fuad, dia mungkin boleh memberi jawapan di atas kehilangan anak saya ini. Atau saya mendapat satu jawapan mengapa gambarnya adalah dalam bantal anak,”katanya  memaklumkan anaknya itu bekerja sebagai chef pastri dan merupakan anak sulung dari lima beradik.

Dalam pada itu, sejak kehilangan anaknya, Mohd Ridzuan akui dia ada pergi mendapatkan bantuan dari perubatan Islam untuk mengesan jejak anaknya.

“Ini usaha keluarga kami kerana kami semua memang risaukan keadaan anak. Apa tah lagi majlisnya akan diadakan Ahad ini. Semua urusan sudah siap, pelamin, jemputan dan hanya tunggu masa saja dinikahkan.

“Bila kami bertemu pengamal perubatan Islam, mereka kata anak saya ada bersama seorang lelaki dan perempuan dalam sebuah rumah. Kata mereka lagi anak akan balik.



Image result for Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan“Sebab itulah saya minta semua sanak saudara dan surau berdekatan untuk buat solat hajat agar hati anak dilembutkan untuk kembali semula ke rumah,”katanya lagi. Malah jelasnya belum ada sebarang petunjuk atau dirinya dihubungi memaklumkan anaknya dilihat di mana-mana.

Dalam pada itu, Mohd Ridzuan berkata, dia ada bertemu dengan tunang anaknya itu dan bakal menantunya yang bekerja dalam syarikat kejuruteraan itu agar bersabar dengan semua ujian.

“Saya tak henti berharap dan berdoa agar anak saya kembali semula. Semua majlis sudah siap malah anak sendiri pada Isnin lalu memberikan saya dokumen peribadinya termasuk salinan kad pengenalan, kad ujian HIV dan lain lagi.

Katanya, dia sudah berbincang dengan ahli keluarganya termasuk ahli keluarag tunang anaknya mengenai majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung, Ahad ini.

“Saya berdoa agar anak ditemui dalam keadaan selamat sebelum majlis perkahwinannya, Ahad ini. Seboleh-bolehnya, kami mahu majlis perkahwinan itu berjalan lancar seperti dirancang.

“Namun, sekiranya dia masih belum ditemui, kami terpaksa menangguhkan majlis itu. Diharap orang ramai yang ada maklumat mengenai Nur Izuana diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya. – Remaja.my

ep2p-5small