Xiaomi Mi A2 Mula Menerima Kemaskini Android Pie – Amanz

Xiaomi Mi A2 adalah peranti yang mendapat sambutan yang baik di Malaysia kerana harga jualannya yang mampu milik serta penggunaan Android One. Sistem operasi yang hampir menyerupai Android Asli ini menjanjikan kemaskini yang lebih pantas berbanding pelancar MIUI yang digunakan pada peranti keluaran Xiaomi yang lain.

Bagi pemilik MiA2, peranti ini telah mula menerima kemas kini ke Android Pie. Buat masa ini ia telah dterima pengguna di India, Sepanyol dan Brazil. Selain sistem operasi terkini, Mi A2 juga kini menyokong sistem navigasi berasaskan gesture Android Pie, Adaptive Battery serta tampalan sekuriti bulan November.

ep2p-2