Tie Fighter Star Wars Semakin Menjadi Realiti Dengan Pesawat Ciptaan MIT Ini – Amanz

Di dalam filem Star Wars, pesawat tempur TIE Fighter adalah amat ikonik. Mungkin ramai tidak tahun TIE bemaksud Twin Ion Engine. Enjin Ion ini telah digunakan pada satelit angkasa lepas seperti CubSats sejak dekad 90n lagi. Ia tidak praktikal digunakan di dalam atmosfera bunyi kerana tujahan enjin ion adalah terlalu kecil sedangkan rintangan udara adalah tinggi.

Tetapi penyelidik dari MIT telah berjaya menghasilkan pesawat enjin ion pertama yang terbang di dalam atmosfera bumi. Ini juga merupakan pesawat pertama dalam sejarah dunia yang terbang dengan “enjin” yang tidak mempunyai komponen mekanikal bergerak.

Sebaliknya ia menggunakan “enjin” yang menghasilkan angin ion atau nama saintifiknya tujahan elektrodinamik. Arus yang bergerak pada wayar pada bahagian sayap mengionkan udara yang kemudiannya menghasilkan tujahan. Fenomena tujahan elektrodinamik ini ditemui pada dekad 1920an.

Pesawat enjin ion pertama seberat 2.3 kilogram dengan sayap selebar 5 meter ini berjaya terbang sejauh 60 meter dalam beberapa ujian penerbangan. Ini ialah langkah pertama yang mungkin mengubah dunia aeronautik di masa hadapan. Kerana tiada komponen mekanikal, pesawat mampu terbang dengan senyap.

Masih terdapat banyak kajian perlu dilakukan sebelum enjin ion ini dapat menggantikan sistem enjin pesawat semasa. Ia hanya mempunyai kecekapan input tenaga berbanding output tujahan sekecil 2.4%. Enjin turbin pesawat terkini mempunyai kecekapan 55%.

ep2p-5small