Sepanyol Akan Mengharamkan Kenderaan Bahan Api Fosil Menjelang 2040 – Amanz

Enjin bahan api fosil telah dibangunkan pada tahun 1791 oleh John Barber. Selama lebih dua kurun, enjin bahan api fosil telah mencemarkan udara dunia sehingga kini kini mengalami pemanasan global. Hanya sejak sedekad lagu usaha serius mula dilihat untuk menghasilkan kenderaan elektrik dan hibrid. Sepanyol akan mengambil langkah drastik dengan mengharamkan terus kenderaan bahan api fosil menjelang 2040.

Kami katakan drastik kerana ia turut mengharamkan kenderaan hibrid. Pengharaman dilakukan menerusi Undang-Undang Perubahan Iklim dan Transisi Tenaga yang akan dibentangkan kelak. Stesen pengecas elektrik akan mula diperkenalkan di seluruh Sepanyol bagi memudahkan penggunaan kenderaan elektrik kelak. Menjelang 2050 pula, kesemua bekalan kuasa elektrik negara ini akan dijana menggunakan sumber lestari sepenuhnya.

Dengan pengharaman ini, Sepanyol menurut langkah Norway yang akan melakukan perkara yang sama menjelang 2025, Jerman menjelang 2030 dan India menjelang 2030. Di rantau Asia Tenggara pula Singapura menyasarkan 50% kenderaan elekrtik digunakan di jalan raya mereka menjelang 2050.

ep2p-5small