Pemimpin PKR Dakwa Ahli MPT PPBM Hina Sultan Kedah, Gesa Disiasat Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, dakwaan wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin terhadap Sultan Kedah Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah satu kenyataan yang bahaya.

Menurut beliau, tulisan yang dikeluarkan Selasa lalu menghina Sultan Kedah dan satu tindakan drastik perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Apakah motif dah tujuan beliau menulis jurnal berkenaan? Ini salah satu penghinaan kepada Sultan Kedah.

“Saya dengan ini mendesak pihak polis menyiasat Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan kerana tulisan beliau boleh mencetuskan prasangka buruk seolah-olah Tuanku Sultan seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalah guna kedudukan baginda,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata demikian mengulas mengenai tulisan terbaharu bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. yang kini Penasihat Komunikasi dan Media Perdana Menteri yang menyentuh mengenai pertabalan Sultan Kedah baru-baru ini.

Tulisan bertajuk ‘rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja’ itu rata-ratanya mempersoalkan mengenai kos yang ditanggung kerajaan dalam upacara berkenan.

Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah selamat ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit pada 22 Oktober lalu.

Johari berkata tulisan Kadir mengundang perasaan resah rakyat terhadap institusi beraja di negara ini.

“Ungkapan dia, “Lagu rasmi itu dengan jelas menyatakan tempat raja adalah di atas takhta dan tanggung jawab raja adalah menjaga Islam agama Nabi kita.la tidak kata,” bertahap umur di Lembaga Lembaga “dan” menyelenggarakan konglomerat niaga baginda”.Tak kata raja kita selamat cari bijih, balak,

“Ia tidak kata raja kita selamat dalam bilik lembaga, atas padang bola, dalam arena politik negara atau mencari bijih dan balak dalam hutan a di ata belantara,” petik Johari sambil membaca artikel tulisan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

Kadir yang sebelum ini disiasat ekoran pendedahan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Beliau mendedahkan sebanyak RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tiga laporan polis yang dibuat terhadap beliau dan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

ep2p-2