Najib Tak Patut Dihalang Bersuara – Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raazak tidak boleh dihalang daripada membuat sebarang kenyataan, kata Datuk A Kadir Jasin.

Namun katanya kenyataan-kenyataan yang dibuat tidak sepatutnya melanggar undang-undang.

“Sekiranya dia tidak melanggar undang-undang, saya fikir kita tidak boleh menghalangnya. Saya tidak fikir ada orang menyokongnya selepas mereka menyingkirkan dia,” katanya.

Tambah Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Tun Dr Mahathir Moahamad itu lagi, Najib bebas bersuara selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah terhadap semua pertuduhan terhadapnya.

“Jika dia masih tidak didapati bersalah, biarkan dia bercakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah daripada peserta sesi ceramah bertajuk “Pasca 9 Mei – Di Manakah Kita Menuju dalam Malaysia Baharu” anjuran firma guaman, Lee Hishammuddin Allen dan Gledhill, di sini semalam.

Najib selepas pertukaran kerajaan pada Mei yang lalu kini semakin lantang bersuara menerusi media sosial, selain menerusi program sembang santai mengkritik kerajaan Pakatan Harapan dan membidas dakwaan terhadap dirinya dengan hujah dan fakta.-SuaraTv

ep2p-2