My Kuali: Talam keledek

 merajinkan diri buat talam keledek ni untuk bawak g mengaji petang2 hari… dan bakinya untuk kami minum petang..tukang makan dalam rumah ni tak berapa nak gemar kuih talam macam ni, jadi tukang masak pun tak lah rajin nak buatnya… tinggalkan suku loyang pun tak terabeskan. sayang kan.. kak rose kongsikan resepinya ya..

TALAM KELEDEK

1/2 adunan : 


Bahan Lapisan Bawah : 

1 cawan keledek oren dipotong dadu
(rebus & toskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
80 gm gula halus
1/2 sk garam

Cara :
Bancuh semua bahan kecuali keledek, tapis dan masak hingga naik wap, tutup
api, masukkan keledek tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang
yg telah disapu dgn sedikit minyak atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit

 Bahan Lapisan Atas :

80 gm tepung gandum
150 gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 mk air
sedikit garam
pewarna oren

cara :
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap. 
Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau
hingga masak.

 

untuk makan makan sambil gebang gebang petang! tak lah keseorangan nak menternak lemak… hihi

ep2p-5small